![]() |
| jpeg |
“Setiap
mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih
teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu
ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh
diriku.”
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun
14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang
Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan
perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah
mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang
suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan
wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”

Kemudian
Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, “Wahai orang
yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang
beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang
disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”

Subuh
esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing
untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga
Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas
panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja
semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada
hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam
melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat
tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera
Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat
dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

“Demi
Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib
ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung
dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar
musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”

Akhir
sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya.
Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam
lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang
beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000
orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik
Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa
memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa
menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa
terus memuji Allah dengan ucapan,
“Segala
puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku
mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat
tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.”

0 komentar:
Posting Komentar